..A lesson learned..
Dalam bas. tadi. aku terlihat seorang abg *dlm jangkaan umur 40 an*
dia naik bas. aku slalu nampak muka dia. berpakaian segak kemas kemeja. dan slalu kalau dalam bas dia selalu mematikan diri *tido la maknanye tu..* aku tengok dia tabah. satu hari tu, aku ikot dia, nak skodeng, dia dari arah mana.. oh.. dia parking kereta dia kat area depan bangunan blog Kolej Jati yang kat seksyen 2 tu. kereta nissan lama. dah berkapuk dah aku rasa. mungkin, sebab itu dia naik bas hari-hari.
aku dah lama tak naik bas sebab naik komuter je sekerap kerap yang boleh. sebab? bas buat aku pening dan nak termuntah. dari zaman belajar dulu sampailah sekarang tak abes-abes naik bas. sampai nampak bas dari jauh pun aku dah nak termuntah. Rapid KL U80 tu la. mana lagi.
ok, abg tu rilek je. dia aku slalu terperasan antara penumpang setia bas Rapid. gile tak abg ni! tak boring ke dia? tak meluat ke dia? dan yang paling penting, tak termuntah and pening-pening ke macam yang selalu jadi kat aku? aku terpikir, dia tabah. mungkin, ada anak bini yang nak dipelihara di rumah. itu yang mungkin dia fikirkan. sebab tu dia tak pernah putus asa naik bas. life survival kate oghang puteh. Mencari rezeki. tak kirelah jauh mana kan..
aku selalu komplen. dan itu satu tauladan yang baik. dan orang selalu bertanya aku, khususnya budak-budak office yang lain, tak penat ke ulang-alik dari shah alam ke KL? hari-hari plak tu. penat woi, sape cakap tak penat? meh nak cepok dahi. dah almost 7 bulan aku macam ni. dan aku terpikir..
aku bersyukur sebab aku ada kaki yang boleh berjalan. aku ada tenaga yang Allah bagi pada aku yang aku boleh berjalan jauh-jauh, naik tangga, turun tangga. Aku ada kemampuan, ada duit yang aku boleh bayar tambang, dan aku ada pancaindera yang membolehkan aku melihat jalan, papan tanda, dan dianugerahkan otak yang sempurna yang boleh merancang ke mana destinasi aku..
minggu lepas, hari apa aku tak ingat, aku terlihat seorang gadis muda remaja. cantik. tapi, dia tak cukup pancaindera. kesian. rasa macam nak menitik air mata. Dia berusaha melangkah dengan penuh cermat ke dalam tren yang dalam perjalanan ke arah Masjid Jamek. masalahnya, dia tak mampu melihat apa-apa. Nasib baik masyarakat Malaysia prihatin dan sentiasa ada orang guide dia.dia diberitahu oleh seorang gadis lain mengenai destinasi yang dituju. lalu dia turun. dan selepas itu, kemanakah arah yang dituju? wallahualam.. cuba bayangkan, kalau lah aku di tempat dia, apa agak-agaknya yang aku mampu buat?
Jangan sesekali mengeluh, sebab, ada insan di luar sana yang lebih teruk perjalanan mereka. bukan sahaja perjalanan ke tempat kerja, bahkan perjalanan hidup mereka. sentiasa bersyukur dengan apa yang ada sebab kita adalah antara insan-insan yang terpilih yang memudahkan kita melakukan urusan harian dengan sempurna. *so, jgn mengeluh faizal*
wassalam.
Quotes
Where i have to put a trust in heart, there is a faith about the people i met everyday.
Thanks Allah for the gives of wonderful people around me.
:)
Chapter 1 & Chapter 2
ok fine, sekarang sangat bosan. dan mulalah semangat nak tulih blog mula membuak-buak kembali. tak bley bla.
apa cerita mau cerita ye? bila diri dah dihantui dengan kebosanan, buka blog, konon-konon nak update, tapi, haghaaamm idea takdek. saje kot tulis-tulis buat-buat cam ada idea tapi tak tau pun nak tulis apa. :p
Chapter 1 :
oklah, dimulakan dengan begini. ada sorang mamat ni, namanya hami asraf. sibuk suruh aku mempromote dirinye dalam blog aku ni, macam lah blog aku ni femes sangat. Berapa orang sangat je yang view and jadi followers blog aku ni kalau nk dicompare dengan dia yg cam ramai peminat misteri. setakat ramai awek-awek kat luar sana histeria sebab die tu, aku jamin. tak caye, meh kerat jari kelingking aku.
kalau bukak blog die, confirm semua akan suka, habis kuat pon baca dua tiga kali. dengan penyampaian idea yang penuh retorik dan islamik membuat sesiapa pun mau terpukau dengan pendirian mamat ni. aku kenal dia sebagai rakan blog.
dia seorang yang bersemangat, berjiwa kental, dan tidak langsung dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang bersifat holistik, dan berjiwa slumber. frankly speaking, aku memang senang bergaul dgn budak bermata empat ni. dia memang best, serius best. kadang2 die ni kelakar nak mampus, tapi kadangkala serius gile babas. tak paham aku. kalau gelak plak, cam tanak kalah.
sekali jumpa, aku dah bley agak die ni open minded person. and we got to be very close frenship these days. hopefully.
chapter 2 :
aku mendapat hobi baru. membaca buku-buku motivasi. ntah kenapa tiba-tiba terlintas nak baca buku spesies ni even aku tak minat sangat. mungkin kerana, aku memerlukan motivasi yang kuat di ketika ini. hidup yang aku rasa cam dah tunggang terbalik, otak yang berkarat dan badan yang lemah, membuatkan aku nak cover line balik baca mende2 yang boleh bagi aku semangat. dan buku yang aku tengah baca (baru je lepas tadi) bertajuk 'everyday greatness' by Stephen R Covey. buku ni berkisarkan kepada inspiration for a meaningfull life and koleksi cerita2 yang membangkitkan semangat daripada majalah kompak, reader's digest. best wooo... aku tau sapa nak pinjam. mamat kat atas tu. mesti pnye.


ok, sekian untuk hari ni. ada 2 chapter je. jadiklah ek. nanti di lain2 masa akan disambung chapter-chapter yang seterusnya. ehh cam best plak. buat chapter2. cam novel weh. serius best. bley tahan gak idea ni.
ok, dah stop. malas nak menaip gile babeng.
another priceless things - Moto GP 2009
There is much thing to say, to this post. currently, the clock is ticking around 1 in the morning. apparently, my jobs getting bigger and bigger which means, it's getting harder. i just get back from work, and grab the laptops, online. checking my Facebook a little bit, change the status, see what happens to my blog, watch youtube as i'm claimed that Youtube is a medium to release my tension (no, it isn't, but it is..) and it's being a bad habit since i'm working and got back in the middle of the nite. quite addicted, i think.
so, the question for today is, have you ever working in weekend? if no, then you should be thankful because i miss my time sleep in the noon damn so much. sigh~
by the way, i've got some fun story to share. there is some people say, pictures create a thousand word. let me describe it one by one. it's happen on past weekend, recently, few days ago.
so, what happen?
we've got 3 passes, every passes worth RM10,000 according to Dino. we're not plan to go as we considered this as a lifetime chances, so, we think that we're not gonna miss it no matter what! me, Dino and Dzul (two anchors in AWANI) has set up a plan and we meet at the place that we supposedly to be which is, the paddock itself. it is obviously very new for me, because i'm not that really into 'moto' or 'engines' type, and we come because of one reasons, to experienced a very very very new for me, and, of course it's all about the prices of pass itself.
Except for Dino. he's a die hard fan of moto GP, F1 or stuff like that. The funny thing is, he explained everything to us (me and dzul) is just like tourist guide. AND make it clear about everything. well, it's a new exposes i think.
so, apparently, we got a chance to see Valentino Rossi and Jorge Lorenzo in action! i love the track, i love the sound and i love the speeds. it's happen just suddenly. weird, but true. it's seems the interest has burst into my vein from it's secret places (dont know where is it) until i made a decision to follows all the races because it's one of the best race i've ever watch. Frankly, it was one of the best experience so far. :)
event : Motorcycle Grand Prix (aiyaa.. forgot what round it is)
Venue : Sepang International Circuit, Selangor
place : Paddock Village
time : 12 PM - 6 PM
paddock village pass where we have spend our precious time inside of the Petronas box. according to Dino (which is our guy,) he said that paddock is the place where all the racers are hang-out and do their own thing.
this is the moments where for the very first time, i heard that loud and noisy sounds from those motorcycle. it's raining, and it's not gonna let us down! this is the looks from the roof-top of paddock.

i snapped this picture because i think that this is the only moment where i can make it to the real circuit.
this is the replica of Valentino Rossi's 46 Yamaha Fiat Motorcyle. it's actually real, not replica, but can describe as replica. lol...another great story has just end.
wassalam.
FM
Kualiti IPTA kita?
Beli motor= modified motor.
Beli komputer, laptop=main fifa, cs, tengok movie, pasang broadband, layan facebook, friendster, chatting, YM, download cite jepun, Korea, Torrent..
Today is Tuesday, 20 Oct 2009

Begitu banyak yang ingin dikongsi bersama. hari ini.
Daripada berjalan seorang diri dengan pantasnya di dalam hujan lebat dan basah luncun,(like stupid),
daripada melihat accident yang mana pembonceng motorsikal melambung tinggi di udara akibat dilanggar kereta myvi dan remuk di depan Central Market seolah2 seperti melihat aksi Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi di dalam litar motor GP,
daripada tersilap memilih 'sit' di depan sekumpulan remaja perempuan yang menjengkelkan didalam train sepanjang perjalanan dan menceritakan secara kuat-kuat mengenai boyfriend yang curang dan lontaran vokal carutan yang bergema di dalam train,
daripada melihat bakat seorang pelukis muda yang duduk disebelah aku yang sedang melukis gambaran gerabak train dan sungguh menkagumkan, namun, tak sempat melihat beliau menghabiskan lukisan beliau kerana telah sampai dilokasi,
dan daripada mendengar cerita sidia yang bergelen2 menangis akibat stress study sepanjang hari ini...
dan otak aku kini berada didalam keadaan yang kritikal. itu yang berlaku di luar dan sepanjang perjalanan balik. belum lagi keadaan di newsroom dan office.
while in the office, this is where the stories goes... (well, i have to switch the mood using english word..)
" i have to do more and more than expectations. I discovered my day in a very intellectual way. strange, but this is what i really really wanted. dengan azam baru, aku mengalas beban tugas dibahuku. "
I'm now not really assistant producer, I'm more into producer. I have my own show, and i'm run, and produced it. And I'm presenters trainee. I'm mentally brushed, and i'm trying all the best i can to cope with it. and i think, I'm more than what i am. and I want to thanks Allah for giving me such a good strength.
I always spend time with Suhaimi Sulaiman, which is, i'm considered as, Mentor. Every moments is the learning process for me, and the chances to meet and knowing him is such a rare opportunity. He is very good, very intelligent person, and superb. Today, i got a chance again, to sit just beside of him, and his old friend, (i forgot to ask her name) come and joined us in cafeteria. The moments we spend at first, are very funny and hilarious because everyone knows that suhaimi is such a funny guy. and of course, the girl too. They shared a lots of stories, and experienced while working in broadcasting field (well, the girl can be considered as seniors in TV3 working from the years of 80's)
and i'm just listen. Suddenly, i felt proud and appreciated when Suhaimi told his friend that i'm a very good employee. Frankly speaking, this is not the first time he told his friend. And every time he mentions those thing, i felt appreciated. I felt more enthusiastic and not taking this as the praised to let me be proud and stupid. I'm trying to used every moments as precious as i can and as like i'm always keep mentioning before, that if we want to be happy, just live life to the fullest!
I have my own psychologist therapy which is, myself. I'm keep telling myself to be brave, always try new things, amass experience and good stories to share with good friends and keep remember. I truly believe and understand that we are our own worst enemies; we hold ourselves back. To plunder the words of Ferdnando Pessoa, the man with many many lives, “Success consists in being successful, not in having potential for success.” When I’m at the end of my life, I want to look back and say I did the best I could, and really mean it. So my goal is not to forget this throughout the daily grind. "
ok, that's it.
And now, i have a very very exhausted brain. and i'm need a rest.
Assalamualaikum.
Tribute kepada pelajar ini :p
( ralat: post ini dilakukan pada bulan lepas. sewaktu berada dikampung. tapi, baru post sekarang hehe)
Belum mengantuk lagi. Lepas menonton televisyen, terus memasuki ruang bilik tidur adik aku. Di katil, aleeya sedang tidur dengan nyenyak. Kepenatan, mungkin. Mana taknya, main je kerjanye. Aku membelek-belek rak yang berkumpul-kumpul majalah-majalah lama, akhbar, buku, dan.. hmm.. buku-buku STPM aku dahulu masih lagi tersisip rapi. Tapi, malangnya, dah berhabuk. Aku fikir-fikir, nak keluarkan buku tu. Nak baca balik. Buku Sejarah Malaysia, dan Pengajian Am yang tebalnya memang menggerunkan.
Namun, niat itu terpaksa dibatalkan setelah aku ternampak majalah bulanan KOLEJ KEDIAMAN KEDUA, UNIVERSITI MALAYA milik kakak aku. Aku capai dan belek. Menarik, dan terisi dengan pelbagai memori silam yang dicatat dan diabadikan di dalam sebuah majalah. Hati lantas, terasa sayu. Otak ligat berfikir, best jugak life in campus and kolej suatu ketika dahulu. Aku meneruskan bacaan dan ternampak ruangan Sayonara Pelajar Tahun Akhir. Hati lantas, sekali lagi sayu. Aku di semester akhir, ya….akhirnya.
Selesai pembacaan, aku terus masuk dalam bilik aku, membaringkan tubuh badan. ‘On’ kan MP3 player, dan lagu ‘The Great Escape’ dan ‘Heels Over Head’ nyanyian ‘Boys Like Girls’ mendentumkan gegendang telinga. Ahh.. boring pulak. Jam menunjukkan pukul 1.10 minit pagi. Aku mencari bahan untuk dibaca. Sekali lagi, aku membelek kabinet almari yang dipenuhi dengan bahan bacaan di suatu ruang sudut dalam bilik aku, dan memerhati satu persatu. Semua dah dibaca berulang-ulang kali. Bosan gile camni!
Tiba-tiba.. Disuatu sudut, Mata tertancap pada album gambar yang tersorok disebalik timbunan buku dan majalah tersebut. Ahh.. gambar sepanjang pengajian di UiTM. Apalagi, terus capailah, dan membelek satu persatu…………………..
………………………………………………………………………………………
Indah. Begitu indah zaman di Universiti dan kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku ni bukanlah pelajar yang aktif sangat kat kolej, tapi, aku masih consider aktif la sebab terlibat dalam aktiviti berpersatuan dan aktiviti kolej. Kehidupan di zaman universiti adalah suatu yang cukup indah yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Penyertaan dalam kumpulan nasyid di kolej dan pergaulan dengan rakan-rakan ‘kamceng’ berlainan kos adalah antara kenangan paling manis yang susah nak dilupakan.
Berjumpa dengan pelbagai rakan dengan berlainan sikap dan peel memberikan aku pahit manis, suka dan duka bergelar pelajar. Oh.. dan belajar melihat perwatakan orang lain. Begitu juga dengan aktiviti assignment, dan exam yang tahap kepala hotak mencabar dan menghadapi tekanan perasaan akibat studi last-last minit, tak sempat nak cover semua topic, assignment yang mengejar dateline, dateline yang mengejar assignments, bertungkus lumus dalam aktiviti dan persembahan nasyid dan kolej, cukup meninggalkan rasa serik dan taubat tak nak study dah.
Tapi, bila fikir balik, itu yang mematangkan aku. Kalau tengok aku time semester 1 dan aku sekarang, sangat jauh berbeza. Dari segi kematangan, IQ Performance, sampailah ke perubahan penampilan, memang, I’m a new fresh one. Masihku ingat :
1) Hari-hari berlatih nasyid sebab terpaksa cover 3 events untuk buat persembahan. Festival kolej (FESKO), festival Kemerdekaan, (FESKEM) dan Malam Mencari Kekasih sampai hilang suara. Assignment tertangguh sampailah kelam-kabut nk cover balik sebelum dateline. Study apatah lagi. Tak study langsung. Impian untuk bergelar penyanyi nasyid meletup perlu direalisasikan terlebih dahulu (teruk kan aku? Gila glamer.)
2) Di semester 2, aku mengambil subjek-subjek yang killer- Ekonomi, Marketing, Psychology dan lain-lain disamping berhadapan dengan tekanan perasaan duit yang tiada. Study dalam keadaan lapar dan subjek killer. Menghadapi gangguan fikiran yang berada pada tahap maksimum tapi bernasib baik nilai purata tahap kesiuman otak adalah berada ditahap terkawal.
3) Juga disemester 3- subjek killer dan kelaparan. Lapar lapar lapar!!
4) Sebut pasal lapar, kelaparan juga menjadi kebiasaan bagi aku di universiti. Juga boleh diketogerikan sebagai cabaran dan dugaan, sebab aku makan sehari sekali dan terpaksa ikat perut. Teringat aku di semester 2, akibat masalah kewangan, aku makan sehari sekali selama seminggu. Akibatnya, gastric. Keadaan ni berlanjutan sampailah aku di semester 4.
5) Juga disemester 4- subjek tak berapa nak killer, tapi memerlukan tahap kecerdasan otak dan kekreatifan tahap gaban dalam mengarah program radio dan televisyen. Err.. terus terang, aku skor subjek-subjek yang camni. Otak kiri ok, otak kiri!!
6) Aktif di dalam kelab penyiaran Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media memberikan aku seribu satu pengalaman yang sukar diperolehi di mana-mana. Menjadi Ketua Projek didalam beberapa events memberikan aku soft skills especially in leadership and how to handle orang yang keras kepala and degil. It’s hard and you have to think tooo many things. But, at the end of the day, banyak perkara boleh belajar.
7) Menjadi class representative selama 5 semester berturut-turut!!!- ini juga salah satu cabaran yang paling sukar aku tempuh sepanjang pengajian di UiTM. Penat dan kucar kacir hidup. Bergelut dengan sikap pensyarah, rakan-rakan classmate yang susah nak beri kerjasama, dan aku punya masa perlu lebih fleksible berbanding dengan rakan-rakan yang lain. I have to woke-up early, booked the class, find the lecturers, blab la bla.. franly speaking, aku benci tugas ni. Dah beberapa kali cubaan untuk meletak jawatan, tetapi, ditentang hebat oleh rakan sekelas dan pensyarah. Berkaliber kata mereka. Piraahhh weiiii!!!
8) Exam- adalah perkara yang paling aku takuti. Studi last minit dah menjadi tabiat aku. Pernah cubaan untuk studi lebih awal, namun gagal akibat dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mengajak lepak hampir tiap-tiap malam di kedai mamak, dan bantal, tilam serta selimut melambai-lambai menanti kehadiranku untuk menemani mereka. Setiap kali buka buku, mata seperti digantung-gantung karung guni.
9) Menonton dan mendownload movie, dan bermain game adalah menjadi kegemaranku setiap masa ketika bergelar pelajar dulu. Seriously, bukan aku sorang je, malah, hampir 70% pelajar melakukan aktiviti ini di mana-mana institusi pengajian tinggi awam pun. Time kelas ada, mendownload movie, time kelas tak de, menonton movie. Inilah satu-satunye aktiviti yang aku rindu nk buat sebab since dah bekerja nanti, I don’t think I have this chance again. Dan aku dah mula merasai aura itu bila aku sedang melakukan praktikal di ketika ini. Sebulan, adalah sekali mendownload compare time study dulu sebulan more than 10 times!! Well, study jgn hard sgt, but smart kan? Bak kata orang. Menonton movie dan bermain game dapat mengurangkan tekanan itu.
10) Bangun seawal 5.30 pagi semata-mata untuk cop siap-siap toilet and bilik mandi sebab pagi-pagi selalunya kalau bangun lambat tu, alamatnya, lambatlah sampai ke kelas. Dekat Kolej Perindu, satu tingkat di tingkat 5 tu, ada satu je toilet. So, sesiapa yang bangun lambat, na’as lah kena denda dengan lecturer tak bagi masuk kelas sebab datang lambat. Kalau hari sabtu lagilah. Training kawad Kesatria. Sebelum pukul 8, dah kena ada kat padang kawad. Selalunya, toilet memang full. Nasiblah kalau kena tengking, push up or pumping sebab datang lambat.
11) Kalau musim exam dan test, paling liat nak bangun tidur pagi-pagi pergi kelas. Bukannya tidur lambat sebab study, tapi malas nak ke kelas sebab tak study langsung. Haha. Tapi, sometimes, ada juga tidur pukul 6 pagi, pastu bangun pukul 8 pagi semata-mata sebab main game, menonton movie di laptop ataupun bersembang-sembang dengan kawan-kawan sebilik. Pelik sikap aku ni, sebab lagi banyak exam, sikap malas studi tu lagi kuat dan menebal. So, jawab soklan yang ‘hado’ jela. Kadang-kadang, bukan musim exam je camni, hari biasa kelas pun malas pergi kelas sebab nak tidur lebih. Tapi, nasib baiklah aku class rep. ku gagahi juga bangun pagi sebab memikirkan tanggungjawab yang tergalas di bahu dan taknak ponteng kelas lalu dibuang universiti. hehe
Haaa..Semua perkara di atas adalah pengalaman yang cukup bermakna yang aku tempuhi. Aku yakin setiap pelajar IPTA juga memiliki sifat-sifat yang hampir sama macam aku. Tambah-tambah, student lelaki. Tahap kemalasan tu selalu berada pada tahap yang kritikal. Tapi, itulah, semuanya nanti bila dah habis, akan merindui saat-saat yang macam ni. Saat-saat macam nilah yang kita rindu sangat nanti bila kita dah bekerja dan berkeluarga mengenangkan betapa manisnya pengalaman sekali seumur hidup ini. L





Study= tidak sungguh-sungguh, copy paste, buat ala-ala kadar, masuk kuliah keluar kuliah, borak-borak kosong, tengahari panas pegi tido kat surau/library.
Cuti Weekend= pegi trip kat air terjun, makan megi, malam kuar dating, kuar tgk Liverpool, study last minute, pg dwan periksa mata ngantok, Sembang-sembang kosong ( Liverpool, Manu, bla bla bla..)
Itulah diari seorang pelajar IPTA di malaysia. sekiranya pelajar IPTA kita terus begini, bagaimana mahu meletakkan standart universiti di mata dunia? kecemerlangan IPTA dinilai dari segi isinya. Jika isinya buruk, maka, terlibat sekali lah kulitnya. Jangan pula luar cantik, dalam pula hodoh. Melenting sesetengah masyarakat mengadu tidak adil dalam menilai pencapaian yang dinilai oleh Times Higher Education Supplement (THES) mengenai kedudukan dan ranking universiti terbaik dunia. Sedangkan, itulah realitinya.
Jika inilah realitinya,
BAGAIMANA MAHU MELAHIRKAN IPTA BERTARAF DUNIA DALAM MENGHASILKAN PRODUK YANG BERKUALITI DALAM MENJANA NEGARA MAJU?
aku turut terkena tempias :p